Cara yang lebih baik untuk memulakan Tahun Baru dengan percutian meyeronokkan bersama orang tersayang? Ejen pelancongan dalam talian yang terkemuka di dunia, Expedia Malaysia (Expedia.com.my) teruja untuk membentangkan tawaran promosi A-Mehh-Zing Deals yang membawa kepada permulaan Tahun Baru Cina.
Penginapan di hotel selama tiga hari dua malam dengan harga dari RM128 seorang, dan boleh didapati untuk tempahan sekarang hingga 25 Januari 2015. Tempahan sah sehingga 31 Mac 2015 untuk perjalanan ke destinasi utama seperti Pulau Pinang, Singapura, Bangkok, Bali, Kyoto, London.
Expedia Malaysia teruja untuk menawarkan exclusive deal dengan Cathay Pacific Airways, syarikat penerbangan negara Hong Kong, dengan empat hari tiga malam (penerbangan + hotel) harga pakej dari RM960 setiap orang. Ini boleh didapati untuk tempahan sekarang hingga 25 Januari 2015 dan tempahan adalah sah untuk perjalanan sehingga 12 Februari 2015.
Untuk senarai lengkap destinasi, pergi ke Expedia.com.my untuk membuat tempahan percutian anda. Untuk menjadikan perjalanan anda lebih berpatutan, jangan lupa untuk dapatkan A-Mehh-Zing Deals sekarang.