Jogger pants mungkin merupakan salah satu jenis seluar paling selesa untuk dipakai. Pada mulanya, seluar ini dipakai oleh kaum lelaki, namun sejak akhir-akhir ini jogger pants turut diminati oleh kaum wanita kerana keselesaannya.
Satu halangan apabila seseorang ingin menggayakan fesyen ini adalah — dengan gaya sporty yang ada pada jogger pants, ramai yang berfikir susah untuk dipadankan bersama item fesyen yang lain. Sebenarnya, dengan mengenakan gaya mix and match yang tepat, jogger pants boleh disesuaikan untuk apa jenis acara sekalipun. Bahkan, kini jogger pants telah dipelbagaikan dengan variasi material yang menarik seperti kulit, denim, sutra dan kapas.
Cara berfesyen dengan seluar jenis ini adalah dengan memadankan ia bersama baju yang lebih dressy, memiliki corak atau gaya yang lebih menonjol daripada seluar. Seterusnya, pilih kasut yang juga lebih menonjol daripada seluar.
Jogger pants boleh dipadankan dengan kemeja, sneakers atau kasut tumit tinggi mengikut kemahuan anda. Dengan sneakers, kesan sporty tetap dikekalkan bersama jogger pants. Bila anda memilih untuk dipakai bersama kasut tumit tinggi, ia mampu menyerlahkan imej yang lebih stailo dan berani.
Kelebihan yang ada pada jogger pants adalah ianya mempunyai potongan yang besar bagi memberikan keselesaan pada si pemakai untuk bergerak ke sana sini. Namun, diingatkan agar jangan memilih jogger pants yang terlalu besar, biarlah ia bersesuaian dengan potongan kaki anda.