Dengan hanya $1, agaknya apakah barang yang boleh anda beli di Malaysia? Nasi lemak, kuih-muih, aiskrim?
Berdasarkan jawapan kaji selidik dikumpulkan oleh Lonely Planet di Facebook, laman web pelancongan When on Earth telah menyediakan infografik menarik yang menyenaraikan barang atau perkhidmatan yang boleh didapatkan dengan hanya satu dolar, di seluruh dunia.
Menampilkan 21 buah negara, beberapa tawaran yang baik yang boleh dibeli untuk satu dolar termasuk makan nasi tanpa had di India, perkhidmatan urutan kaki selama 30-45 minit di Filipina, Shawarma di Dubai dan banyak lagi!
Jom tengok apakah barang atau perkhidmatan yang boleh didapatkan dengan hanya $1 di seluruh dunia: