Pada asalnya diilhamkan dan dihidangkan di dalam bot kayu yang melalui terusan, Boat Noodle adalah makanan jalanan popular di Bangkok — hidangan yang terdiri daripada mi kaca dan sup gelap daripada daging lembu atau stok ayam.
Boat Noodle mempelawa semua rakyat Malaysia untuk menggandakan keceriaan tahun baharu 2015 dengan makan malam di mana-mana 7 cawangan di seluruh Malaysia daripada 26 Disember 2014 hingga 10 Januari 2015.
Dalam tempoh ini, Boat Noodle akan mendermakan RM0.20 daripada setiap mangkuk yang dipesan pelanggan dan menyalurkan hasilnya kepada rumah-rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Rumah Amal Limpahan Kasih dan Agathians Shelter Home dengan tujuan untuk menyediakan keperluan asas kepada kanak-kanak, seperti makanan, yuran sekolah, tuisyen dan sebagainya sambil mengambil kesempatan ini untuk mendidik dan mendedahkan kanak-kanak kepada beberapa budaya unik Thailand dan masakan mereka.
Bagi menyokong inisiatif ini, pengunjung akan diberi ganjaran dengan pelekat Bot Noodle edisi khas.
Untuk menyokong inisiatif yang dianjurkan oleh Boat Noodle, orang ramai boleh menjamu selera di mana-mana cawangan Bot Noodle di Malaysia yang terletak di Empire Damansara, The School at Jaya One, Ikon Cheras, Publika, Sutera Mall Johor Bahru, Gamuda Walk Kota Kemuning dan Klang Parade.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila lawati laman Facebook Bot Noodle di https://www.facebook.com/meesampan.