Anda biasa dengan budaya trak makanan? Kepada sesiapa yang suka menonton Asian Food Channel di Astro, mesti sudah biasa dengar tentang budaya trak makanan ini, bukan. Makanan fusion yang pelbagai jenis, bersih dan dipersembahkan dengan gaya chic. Jom tengok beberapa trak makanan yang boleh anda dapati sekitar Lembah Klang.
1. La Famiglia
Menariknya tentang trak makanan ini ialah menjual makanan untuk lunch dan dinner. Siang hari di Jalan Dungun dan bila malam ke SS15, Subang Jaya. Menyediakan hidangan inspirasi makanan Itali, boleh dikatakan semua benda dari trak ke menu ke pakaian semuanya mencerminkan inspirasi Itali. Hidangan yang dijual juga murah, antara RM5.00 – RM8.00. Antara menu pilihan seperti pasta salad, seafood olio, tuna pesto, fries, wedges, dessert (cannoli), dan Italian soda.
Lokasi: Jalan Dungun Damansara Heights & SS15, Subang Jaya (malam)
Waktu: 11 am – 2 pm untuk makan tengah hari dan 9 pm – 1 am untuk makan malam setiap hari kecuali hari Ahad.
2. SpagMe
Sering dijumpai bersebelahan dengan trak La Famiglia apabila berada di SS15, Subang Jaya, adalah sebuah trak berwarna terang iaitu SpagMe. Berusia setahun tiga bulan, mereka adalah pakar dalam spageti goreng, dan menganggap La Famiglia sebagai kawan. Apa yang dijual di sini? Harga bermula dari serendah RM6.50 untuk spageti dengan telur, sosej ayam & ham, RM9.50 ikan tempura, RM11.50 fillet ayam dan RM17 untuk spicy lamb.
Lokasi: Jalan Dungun, Wisma MCA, atau Pusat Bandar Damansara
Waktu: 8 am hingga 2.30 pm setiap hari kecuali hari Ahad
3. The Humble Chef
Dikenali sebagai “trak makanan di atas jambatan”, The Humble Chef biasanya selalu ada di Pusat Bandar Damansara. Nak lebih jelas lagi, terletak di sepanjang Jalan Damansara menghala ke Lebuhraya Sprint. Untuk ke sana, anda hanya perlu mengambil jalan yang akan membawa anda ke McDonald dan anda akan nampak sebuah van kecil putih yang diletakkan di sebelah deretan meja. Okay, apa ada di sana? Difahamkan The Humble Chef menyajikan hidangan pasta RM5, sandwhic RM2.50, pita RM4 dan telur dadar RM2.50.
Lokasi: Jalan Damansara, Pusat Bandar Damansara
Waktu: :30 pm – 12:30 am setiap hari kecuali hari Ahad
4. Flaming Wheels
Flaming Wheels membawakan makanan segar yang dimasak sekitar Lembah Klang. Bukan itu sahaja, makanan yang dijual juga pelbagai, tempatan sehinggalah ke antarabangsa. Rata-rata yang ke sana, recommend combo of crispy corn tortilla chips, chilli beef, cheese sauce, guacamole and sour cream (RM8.90), the Moroccan lamb stew (RM12.90) dan Zoran’s beef goulas (RM12.90). Yang pending semuanya halal, jade tak perlu risau. Ingin tahu lokasi, anda boleh ke Facebook page.
5. The Burger Shop
Trak makanan The Burger Shop tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai mengetahui akan kehebatan mereka. Trak makanan yang menjual burger itu terletak di SS15 itu menawarkan pelbagai burger yang sedap dengan harga murah. Signature burger mereka adalah pada sos lada hitam, pengunjung yang datang disyorkan mencuba burger daging lembu istimewa, benjo, foldover dan macam-macam lagi. Harga antara RM2.90 hingga RM5.90.
Lokasi: Jalan SS15 / 8A, Subang Jaya (di luar pasaran MPSJ, di jalan dari Asia Cafe)
Waktu: 6 pm hingga 4.30 am setiap hari kecuali hari Ahad
6. Wheeloaf
Wheeloaf, menawarkan pastri gourmet terbaik yang boleh jamin anda akan suka bila makan pertama kali. Menariknya, Wheeloaf memperkenalkan trak yang lengkap dengan kemudahan baking kerana mereka mahu menyampaikan produk roti premium berkualiti tinggi dijamin kesegaran yang unik dari oven dalam lori. Sila cuba Grilled Chicken and Concasse, Gargasm Grilled Chicken, dan Beef Pastrami bila anda berkunjung ke sana. Nak tahu mereka beroperasi di mana? Sila ke Facebook page, 7 am – 5 pm hari bekerja, 7 am – 7 pm hujung minggu.
7. Little Fat Duck
Nama sahaja Little Fat Duck tetapi mereka langsung tidak menjual itik tetapi terdiri daripada makanan Perancis dan Itali, paling penting ianya halal. Trak mereka beroperasi di Subang SS15, menyediakan makanan seperti pasta (bolognese, carbonara, aglio olio), sup cendawan (RM4), kentang lenyek (RM2), dan puding susu buatan sendiri (RM3). Minuman ringan dan teh lemon ais (RM2) juga disediakan.
Lokasi: SS15, Subang Jaya (biasanya di luar Public Bank)
Waktu: 8.30 am hingga tengah malam setiap hari kecuali hari Isnin
Sumber : thevocket & Hype Malaysia