1 item pakaian untuk 7 hari? Rasanya item apa yang sesuai dipakai setiap hari bersama dengan pilihan outfit yang lain? Dress, plain shirt, kemeja kotak, skinny jeans? Kali ini, Wanista cadangkan high waisted skinny jeans dipasangkan beberapa outfit pilihan dan semestinya, setiap hari lain fesyen tetapi dengan menggunakan 1 item sahaja.
1. High waisted skinny jeans bersama peplum
2. High waisted bersama striped t shirt, nampak lebih eksklusif dipadankan dengan tumit tinggi rona merah.
3. Pilih kemeja kotak rona terang agar penampilan anda tidak malap.
4. Untuk hari seterusnya, padanan high waisted bersama sweater.
5. Blouse bercorak lembut dipadankan dengan high waisted skinny jeans. Nampak sweet dan muda.
6. Hujung minggu, sesuaikan high waisted dengan elemen bohemian, flowy cardigans bersama cropped top dan kasut baji.
7. Suntikkan elemen sporty dalam pemakaian harian anda. Contoh di bawah.
Dah jelas? Anda rasa anda boleh jalankan misi ini?