Orang sentiasa ingin tahu tentang rahsia panjang umur dan apa yang membuatkan sesetengah orang dapat bertahan hidup lebih daripada 100 tahun. Ia mungkin sukar untuk difahami, namun masih ada beberapa orang di antara kita, yang lahir dalam tahun 1800.
Wanita-wanita berusia lebih 100 tahun yang bakal kami tunjukkan kepada anda telah melalui banyak peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah dunia, seperti kedua-dua Perang Dunia, Perang Dingin, pembangunan kapal terbang, penciptaan televisyen, dan, akhirnya, zaman internet.
Tiada resipi ajaib untuk hidup lama, tetapi wanita-wanita menakjubkan ini mempunyai beberapa peraturan keemasan mereka yang tersendiri untuk panjang umur. Menurut mereka, jika anda ingin kekal cergas dan sihat sehingga usia lanjut, anda perlu mendapatkan tidur yang cukup, kekal aktif, bersenam setiap hari dan makan makanan yang anda suka secara tetap. Selain daripada itu, sangat penting juga untuk melayan orang lain dengan betul, bersikap baik terhadap semua orang, mengikut undang-undang, tidak bimbang mengenai apa-apa hal dan sentiasa patuh.
Wah, begitu rupanya ‘rahsia’ sentiasa kekal sihat hingga ke tua! Sekarang, jom tengok siapakah 5 wanita tertua di dunia yang telah berusia lebih daripada 100 tahun.
Misao Okawa dari Jepun, berusia 116 tahun (lahir pada 5 Mac 1898)
Gertrude Weaver dari Amerika, berusia 116 tahun (lahir pada 4 Julai 1898)
Susannah Mushatt Jones dari United States, berusia 115 tahun (lahir pada 6 Julai 1899)
Emma Morano dari Itali, berusia 115 tahun (lahir pada 29 November 1899)
Jeralean Talley dari United States, berusia 115 tahun (lahir pada 23 Mei 1899)
Sumber: Boredpanda.com