Kepada pengguna yang mementingkan penampilan dan gaya mewah, jenama Lamborghini mungkin penyelesaiannya.
Anda perlu membayar AS$6,000 (kira-kira RM20,000), termasuk kos penghantaran untuk memperoleh telefon pintar mewah jenama Lamborghini.
Semalam, Tonino Lamborghini Mobile mengumumkan pelancaran global telefon pintar keluli tahan karat dan kulit di Pameran Pengguna Elektronik di Las Vegas. Syarikat berkenaan tiada hubung kait dengan kenderaan Lamborghini yang kini turut mengeluarkan Volkswagen, namun ia diasaskan oleh Tonino Lamborghini, anak kepada Ferruccio Lamborghini.
Telefon bimbit terbaru ini mempunyai kemudahan dua kad SIM untuk keperluan dan kemudahan pengembara antarabangsa, pemuka definasi tinggi lima inci, kamera 20 megapixel dan boleh dihubungkan dengan rangkaian telefon di seluruh dunia.
Telefon ini yang dikenali sebagai Tonino Lamborghini 88 Tauri, ditawarkan dengan warga hitam, emas dan perak serta sarung kulit bergred tinggi dengan lima jenis pilihan warna. Setiap unit telefon ini mempunyai nombor perisian yang unik.
Sumber: Berita Harian Online