Benarkah Malaysian Square akan dibina di tengah Kota London? Bekas stesen janakuasa ikonik di London, Battersea Power Station akan dibangunkan semula menjadi ‘Malaysia Square’ yang dilengkapi dengan kawasan kediaman mewah dan pusat beli belah moden.
Untuk pengetahuan anda, projek Malaysian Square ini dibangunkan oleh sebuah konsortium Malaysia yang terdiri daripada gabungan tiga syarikat besar iaitu Sime Darby Berhad, SP Setia Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Konsortium ini telah memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah £400 juta (RM1.95 bilion), mengalahkan bidaan kelab bola sepak gergasi Chelsea FC yang bercadang untuk membina stadium baru mereka di situ.
Fakta Malaysian Square
1. Lakaran awal Malaysia Square menunjukkan reka bentuk bandar dua tingkat, dengan jambatan bersepadu dan tangga membentuk ‘canyon’ yang diilhamkan oleh landskap dan geologi Gua Mulu Di Sarawak.
2. Terdapat juga sebuah ‘amphitheatre’ akan dibina dengan kehadiran “air pancut lima kelopak” yang diinspirasi oleh kelopak Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia.
3. Battersea akan dibangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat beli belah bertaraf dunia.
4. Pelan pembangunan Battersea ini merupakan ilham seorang arkitek berpengalaman dari Uruguay, Rafael Vinoly. Beliau menekankan konsep “keseimbangan menyeluruh” dalam melakar pelan ini.
5. Pembinaan Malaysia Square dijangka siap pada tahun 2019.
Jom lihat gambar pelan lakaran awal projek Malaysian Square