Bayangkan proses pembuatan bebola ikan yang kita makan berada dalam keadaan kotor. Sungguh menjijikkan bukan. Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong, Georgetown diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.
Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata, dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.
Sila lihat lampiran butiran nama pembekal di bawah ini. Adakah Kwong Heong Fish?
Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan. Turut dikesan, apron pekerja kotor dan pekerja menggunakan tangan untuk menggaul ikan yang sudah dikisar di dalam mesin manakala isi ikan siap dikisar diletakkan di dalam beberapa bekas tin yang sudah berkarat dan ia amat membahayakan pengguna.
Selain itu, pemeriksaan mendapati minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kek gulungan yang mengandungi ikan itu dipercayai sudah digunakan beberapa kali tanpa ditukar dan berwarna hitam selain tempat menggoreng terletak di tepi longkang.
Beliau berkata premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.
MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna.
Sumber : Sinar Harian & Harian Metro