Perjalanan atau pengembaraan bersama teman / rakan baik sudah semestinya menjadi impian semua; tidak kira destinasi mana yang ingin dituju, kami yakin perjalanan tersebut akan memberikan memori paling indah selain dapat merapatkan lagi hubungan anda bersama rakan baik.
Jadi, kali ini Wanista memberikan cadangan 20 tempat menakjubkan yang wajib dikunjungi di India bersama rakan baik anda. Jom tengok!
1) Pangong Lake, Ladakh
Tasik ini adalah tempat di mana air biru yang tidak dicemari dikelilingi oleh gunung dan panorama langit yang menarik. Rasakan ketenangan dan keindahan di sini yang tiada di tempat lain.
2) Berkhemah dan rafting di Rishikesh
Sukakan aktiviti ekstrem? Anda boleh singgah di Rishikesh, tempat paling terkenal untuk aktiviti rafting. Selain itu, untuk merasai pengalaman landskap misteri di tempat ini, anda juga boleh berkhemah di sini dan melakukan pelbagai lagi aktiviti mencabar yang menarik.
3) Living Root Bridges, Meghalaya
Sekiranya anda singgah ke tempat ini, ia seakan-akan anda berada dalam dunia fantasi yang menakjubkan. Ada antara akar-akar pokok di sini adalah 100 kaki panjang dan mampu menampung berat 50 orang dalam satu masa. Tempat ini telah diangkat sebagai UNESCO World Heritage Site.
4) Chadar (laluan sungai beku)
Dianggap sebagai salah satu pengalaman yang paling mendebarkan bagi seorang pengembara, laluan perjalanan Chadar ini menghubungkan kampung-kampung di lembah Zanskar yang berada di bahagian dalam pergunungan dengan Chilling dan sungai beku Zanskar. Rasai pengalaman berjalan di atas sungai beku yang sememangnya satu pengalaman once in a lifettime yang tidak harus anda lepaskan.
5) Scuba Diving di Andaman Islands
Pulau Andaman sangat terkenal dengan kekayaan batu karang yang menarik disamping airnya yang cantik. Anda boleh melakukan aktiviti scuba diving untuk melihat dengan lebih dekat kekayaan hidupan laut menarik yang ada di dasar lautnya.
6) Perjalanan di Manali-Leh
Highway Manali-Leh menjadi kemestian buat pengembara untuk singgah bagi merasai keunikan kawasan sekitarnya yang lain daripada yang lain. Sepanjang perjalanan di sini, anda akan melepasi gunung-ganang, kawasan perkampungan dan dapat melihat sendiri orang tempatan yang hidup dengan serba kesederhanaan.
7) Manali, Himachal Pradesh
Aktiviti paragliding di Manali ini khusus buat mereka yang sukakan aktiviti mencabar dan ingin lari sekejap daripada dunia sebenar. Pengalaman berada di udara melihat Solang Valley sememangnya mampu mencabar keyakinan diri anda, namun pemandangan indah yang dilihat sudah tentu tidak dapat dilupakan.
8) Rann of Kutch, Gujarat
Menjadi salah satu tempat terpencil di India dan padang pasir garam terbesar di dunia, Rann of Kutch ini muncul pada bulan Oktober. Cuba ke Kala Dungar (Black Hill) dan rasai sendiri pemandangan panorama dari 458 meter di atas paras laut. Menakjubkan!
9) Sandakphu, Darjeeling
Antara 5 puncak tertinggi di dunia, Sandakphu adalah lokasi yang mengasyikkan. Keindahan alam semula jadi di luar realiti dan pemandangan yang menakjubkan menceritakan tempat ini. Di sini, anda boleh melihat di sekitar, 600 jenis kepelbagaian orkid dan kepelbagaian yang luar biasa dalam alam semula jadi yang tidak ditemui di tempat lain di dunia.
10) Ganapatipule Beach, Maharashtra
Pantai ini merupakan harta terpendam Maharashtra. Di sini, anda boleh lihat pasir pantai yang bersih serta pantainya yang sangat indah dikelilingi dengan kawasan pokok pada tebing yang menarik. Beberapa hotel juga telah dibuka untuk penginapan pengunjung.
11) Tsomgo Lake, Sikkim
Tsomgo lake terletak pada ketinggian lebih daripada 12,000 kaki di atas paras laut. Ia mendapatkan air daripada ais lebur glasier dari kawasan sekitar. Kira-kira 40km dari ibu kota Gangtok dan 5km dari sempadan China, anda perlu melalui satu perjalanan yang sukar untuk ke tasik ini, namun sangat berbaloi apabila tiba, anda dihidangkan dengan satu pemandangan yang sangat indah di sini.
12) Tawang Town, Arunachal Pradesh
Bergerak ke bahagian timur laut India, anda dapat melihat salah satu stesen bukit yang paling tenang dan indah. Tawang adalah sebuah bandar bukit jarang penduduk di Arunachal Pradesh. Langit biru, awan tinggi, salji di puncak dan pemandangan bukit-bukau, gunung-ganang dan lembah-lembah menjadikannya sebuah pusat pelancongan yang harus dikunjungi di India.
13) Caves of Meghalaya
Antara aktiviti yang boleh dibuat di Meghalaya adalah meneroka gua. Antara gua yang mengagumkan adalah Krem Mawmluh, Krem Phyllut, Krem Liat Prah, Mawsynram, Mawsmai dan Siju, yang mempunyai beberapa keajaiban tersembunyi di dalamnya.
14) Rajasthan, Dune Bashing
Jangan ketinggalan merasai pengalaman padang pasir desa quintessential apabila anda ke Rajasthan. Kawasan terbaik Rajasthan untuk safari padang pasir yang biasa adalah Osian, Bikaner dan Jaisalmer. Anda dapat melakukan perjalanan ke beberapa tempat terpencil di Rajasthan semasa safari padang pasir dan meneroka beberapa runtuhan menarik daripada tempat itu.
15) Almora, Uttarakhand
Almora merupakan tempat yang menghubungkan budaya, sejarah, warisan dan keindahan alam semula jadi yang terletak di Kuamon region of Uttarakhand. Terletak di salah satu sudut timur Uttarakhand, ia adalah rumah kepada beberapa kuil seperti Nanda Devi, Asht Bhairav, Kuil Rudreshwar Mahadev dan banyak lagi.
16) Havelock Island, Andaman
Pulau ini merupakan salah satu pulau terbesar Andaman dan Nicobar, tersebar di kawasan seluas kira-kira 113,93 kilometer persegi. Air biru, pasir bersih dan mempunyai tempat menarik untuk snorkeling dan scuba diving membuatkan tempat ini menjadi tumpuan pelancong untuk singgah.
17) Khajjiar, Himachal Pradesh
Tempat yang indah ini sangat menyerupai Switzerland, lokasi romatis yang terkenal. Khajjar terletak di kaki Dhauladkar, di pangkuan Himalaya dan adalah 2000 meter di atas paras laut.
18) Roopkund Trek, Himalayas
Trek ini memberikan pengalaman menakjubkan dengan salji, ais, anak sungai yang sentiasa mengalir, hutan yang tidak terusik, terbentang padang rumput yang menarik dan tempat-tempat perkhemahan yang indah.
19) Wagah Border
Rasai semangat patriotik dan kewarganegaraan apabila anda singgah di Wagah Border, iaitu satu-satunya sempadan jalan melintasi Punjab dan Pakistan. Raikan bersama-sama dengan beribu-ribu majlis menarik yang berlaku di sini setiap hari sebelum matahari terbenam.
20) Indian Ghost Town of Bhangarh, Rajasthan
Indian Ghost Town of Bhangarh adalah salah satu tempat yang paling menakutkan di India untuk dikunjungi, disamping menjadi salah satu tempat paling terbiar di India. Walau bagaimanapun, hal berkenaan langsung tidak memberikan cemas kepada pelawat untuk singgah ke sini. Terletak berhampiran hutan terkenal di kawasan itu, bandar ini kini perlahan-lahan memancing kunjungan orang ramai. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan, anda hanya dibenarkan untuk melawat tempat ini sebelum matahari terbenam!
Menarik, bukan tempat-tempat ini? Jadi apa lagi, jom kita ke India!
Sumber: Thrillophilia.com