Selfie stick merupakan alat paling popular tahun lalu. Kini, wujud pula Belfie stick untuk memudahkan pengguna mengambil gambar bahagian belakang badan mereka.
Alat ini mungkin terhasil selepas gambar punggung yang telah dipopularkan oleh Kim Kardashian tahun lepas. Trend mengambil gambar belakang badan ini berkemungkinan akan menjadi trend besar tahun 2015.
Belfie stick ini boleh ditambat kepada telefon pintar anda menggunakan blueetooth. Ia menyokong peranti IOS, Android dan Windows. Sekiranya anda merasakan bahagian belakang badan adalah lebih cantik berbanding hadapan, alat ini sememangnya harus anda miliki.
Lihatlah contoh gambar mereka yang telah menggunakan Belfie stick, apa pendapat anda?
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari BelfieStick.