Argentina
Pakai underwear pink yang baru untuk mendapatkan cinta.
Tepat jam 12AM, melangkah ke hadapan dengan kaki kanan untuk memulakan tahun baru.
Australia
Berjalan-jalan sambil mengetuk periuk dan kuali pada tengah malam.
Brazil
Pakai pakaian putih untuk menghalau semangat jahat.
Lompat 7 ombak (sekali untuk setiap hari dalam seminggu) untuk berikan nasib yang baik.
Berikan sedikit pemberian / hadiah kepada Dewa Lemanja (dewa air) di lautan.
Britain
Tonton ‘Jools Holland’s Hootenanny’, walaupun ia teruk dan semua orang bencikannya.
Chile
Makan satu sudu kacang merah pada tengah malam untuk satu tahun yang penuh dengan kerja dan wang.
Menyapu rumah dari dalam ke luar untuk mengeluarkan tenaga yang tidak baik.
Colombia
Berjalan di sekitar blok anda dengan beg kosong untuk satu tahun yang penuh dengan travel!
Ecuador
Buat satu patung untuk dibakar sebagai menandakan membakar tahun yang lama dan mengalu-alukan tahun yang baru.
El Salvador
Pecahkan telur ke dalam bekas kaca pada tengah malam dan biarkan ia semalaman di tingkap. Apa pun angka yang terhasil pada waktu pagi, itulah apa yang nasib anda akan bawa pada tahun baru.
Finland
Anda dapat tahu nasib anda dengan membuang logam cair ke dalam air sejuk.
Guatemala
Pada 12AM, hari tahun baru, ambil 12 syiling dan kemudian pergi ke luar rumah anda dan buang syiling berkenaan di belakang anda sambil menghadap bertentangan dengan jalan.
Netherlands
Makan oliebollen — doh bulat besar, digoreng dan diliputi dengan gula aising.
Filipina
Hidupkan semua lampu di dalam rumah pada malam tahun baru untuk menangkis roh-roh jahat.
Buka semua pintu, kabinet, dan tingkap dan kemudian berlari menutup mereka selepas mencecah tengah malam.
Puerto Rico
Isikan periuk dan kuali dengan air dan buang air keluar dari pintu depan apabila jam menunjukkan tengah malam.
Rusia
Tuliskan hajat anda di atas sekeping kertas, bakar, kemudian buang ke dalam segelas champagne, dan minum sebelum 12:01AM.
Sepanyol
Anda harus makan anggur apabila setiap loceng yang berbunyi menandakan tengah malam untuk kemakmuran.
Turki
Dapatkan buah delima dan buang ia dari balkoni ke jalan di bawah.
Venezuela
Pakai underwear kuning untuk bernasib baik.
Sumber: BuzzFeed