Kami baru-baru ini telah mendapat tahu bahawa terdapat satu kedai di Bandar Baru Bangi yang menjual barangan kumpulan militan.
Menurut laporan daripada akhbar The Star, pemilik kedai berkenaan berkata beliau tidak takut kerana melakukan hal tersebut kerana Allah.
“Saya lakukannya kerana Allah dan oleh sebab saya lakukan untuk-Nya, saya tak perlu takut,” katanya.
Jika dilihat dari luar, kedai berkenaan hanya kelihatan seperti kedai menjual pakaian biasa namun sekiranya diteliti, barangan yang dijual oleh kedai berkenaan sebenarnya dipenuhi dengan barang yang berkonsepkan militan. Antaranya adalah bendera, topi dan baju yang mana kebanyakannya berkonsepkan kumpulan ISIS (Negara Jajahan Islam Iraq dan Syria (Isis) dan Taliban).
Menurut peniaga tersebut, kedainya sudah beroperasi selama tiga bulan yang lalu dengan barang yang diimport dari Indonesia. Menurut laporan The Star, kedai itu dilihat seolah-olah hab militan dan kebanyakan penyokong kumpulan itu akan membeli barangan kumpulan mereka di situ.
Bagi kemeja-T ISIS, harga yang dikenakan adalah RM 59. Bagi pelekat berlogo ISIS dan Taliban pula dijual pada harga antara RM5 hinga RM 10. Antara T-Shirt yang dijual di kedai itu tertera perkataan seperti “Mujahideen Cyberspace” dan “We Declare War Against the Zionists”.
Sumber: Siakapkeli.com