Saraburi mungkin jiran yang kecil kepada Bangkok dan tidak banyak diperkatakan, tetapi ia telah dimasukkan ke dalam peta pelancongan pada beberapa tahun lepas berikutan padang bunga matahari yang cukup mengagumkan yang berbunga antara November dan Januari. Ia telah menarik pelancong yang ramai untuk mencari ketenangan menyaksikan keindahan alam semula jadi.
Padang bunga matahari besar, yang merupakan milik persendirian, telah dibuka sebagai tempat pelancongan dalam jumlah yang besar, setelah penduduk Bangkok sendiri menghabiskan masa berjam-jam tenggelam di dalamnya, mengambil gambar, berkelah, dan merasai suasana romantis.
Pasar kecil telah muncul di kebanyakan kawasan sekitar yang menawarkan produk seperti biji bunga matahari dan minyak, jus semula jadi, dan lain-lain produk tempatan. Melangkah seiring dengan padang bunga matahari adalah ladang lebah bersebelahan yang menawarkan madu asli segar.
Mereka juga menawarkan pengangkutan traktor atau gajah tunggangan untuk melihat sekitar kawasan padang bunga matahari berkenaan. Harga masuk untuk beberapa padang adalah percuma, dengan petani berharap pengunjung akan membeli barangan tempatan mereka dalam perjalanan keluar, manakala ada juga padang bunga matahari yang mengenakan 5-10 baht untuk pengunjung melihat keindahan bunga matahari di situ.
Padang-padang bunga matahari tersebut adalah terbaik diakses dengan menggunakan kereta persendirian, yang memberikan pengunjung satu peluang untuk mencari padang terbaik (bergantung kepada kedudukan ke arah matahari, beberapa bunga lebih terbuka pada waktu pagi, manakala yang lain menonjol di kemudian hari), dan untuk menikmati suasana yang berbeza di setiap padang.
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak mempunyai pengangkutan persendirian, sudah pasti cara terbaik untuk melawat kawasan itu adalah melalui kereta api, dan Thailand State Railways menawarkan kereta api bunga matahari khas yang membuat perjalanan setiap hujung minggu dan cuti umum semasa musim bunga matahari sedang mekar. Kereta api meninggalkan stesen Hualampong sekitar jam 6.30 pagi dan pergi ke salah satu padang dengan latar belakang gunung yang menarik.
Kesempatan untuk berkunjung dan menikmati pemandangan indah di padang bunga matahari, Saraburi, Thailand sudah pasti menjanjikan suatu pengalaman sekali seumur hidup yang tidak patut anda lepaskan. Jom ke sana!
Sumber: http://www.10best.com/