Kelonggaran yang diberikan kepada pelajar tingkatan enam untuk memakai pakaian kasual ke sekolah selain pakaian seragam mendapat reaksi berbeza daripada pelajar. Pelajar tingkatan 6 dibenarkan memakai pakaian (biasa) kasual atau tradisional ke sekolah mulai tahun 2015.
Pada 23 Dis lepas, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata pelajar tingkatan enam tahun ini (2015) dibenarkan berpakaian tradisional atau kasual ke sekolah sebagai langkah ‘menjenamakan semula tingkatan enam.
Bagaimanapun pelajar perlu mematuhi peraturan etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak kementerian yang dihebahkan melalui siaran media seperti berikut :
PELAJAR LELAKI
- Dibenarkan pakai baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain.
- Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan.
- Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat.
- Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan.
- Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
- Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
- Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking.
- Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
- Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja T lengan panjang atau pendek.
PELAJAR PEREMPUAN
- Baju kurung atau pakaian tradisional
- Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
- Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
- Pakaian ketat juga tidak dibenarkan.
- Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki.
- Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
- Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja T lengan panjang atau pendek.
Bernama & Mysumber.com