Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi popular, Hafiz Suip mengumkan dirinya bakal mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Effy.
Menurut penyanyi berusia 25 tahun ini, majlis pertunangan itu bakal dijalankan pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak.
“Sebenarnya 21 Disember lalu saya telah menghantar rombongan merisik ke rumahnya. InsyaALLAH, jika tidak ada apa-apa halangan, kami bertunang Februari ini di mana ia dijalankan sempena sambutan hari lahir saya,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai persiapan perkahwinannya, Hafiz memberitahu tempoh pertunangannya mungkin mengambil masa selama setahun sehingga kekasihnya menamatkan pengajiannya.