Media sosial sekali lagi telah mendedahkan kewujudan buku teks Pendidikan Kesihatan tahun lima yang menyentuh mengenai seks.
Dalam Facebook PenMerah.com semalam, pengguna bernama Ustaz Syed Bakri memuat naik satu gambar yang menjelaskan proses hubungan kelamin.
Rata-rata pembaca tidak bersetuju dengan isi kandungan buku itu yang disifatkan terlalu awal untuk murid berusia 11 tahun.
“Tak patut diberi pendedahan awal tentang @#$% terhadap budak-budak, takut boleh mempengaruhi perkembangan otak mereka, gejala tak sihat..harap ada pihak fikir balik tentang mata pelajaran sedemikian,” kata Hisyamuddin Mohd Nor.
Roslina Othman pula berpendapat:
“Tak sesuai la untuk tahun 4…nanti macam-macam pula yang mereka tanya bila balik rumah, apa yg mak dan ayah nak jawab.”
Namun begitu, ada juga pembaca yang berpandangan, pendidikan sedemikian boleh diajar kepada murid-murid di sekolah.
“Bagi saya, pendedahan begini bukanlah sesuatu yang memberi keburukan kepada pelajar, tapi lebih kepada ilmu pengetahuan (Pendidikan Seks) dengan saluran yang betul. Pelajar di Malaysia ni perlu diberi pendedahan seusia mereka ini, untuk mengelakkan gejala yang buruk kelak di masa hadapan.”
“Saya pasti pelajaran ini tidak terhenti sehingga di situ, sudah pasti ada pengenalan tentang apa yang salah dan apa yang betul. Mereka ini tidak mengetahui apa-apa, kita ajar apa yang betul, apa yang salah. Peranan ibu bapa jugak untuk betulkan apa yang salah.”
“Didikan tidak terhenti di sekolah, tapi perlu diteruskan di rumah. Ini masa depan generasi kita, fikirkan apa akan jadi kelak, jika didikan ini tidak diberikan hingga gejala ini menjadi duri dalam daging,” tulis Mohd Nakirudin Muhamad Nor.”
Selain daripada hal di atas, ada satu lagi gambar yang telah menjadi viral di media sosial mengenai keluarga harmoni di dalam buku teks di bawah segmen ‘Sejarah dan Kita’ yang mengelirukan bukan saja murid tetapi juga ibu bapa.
Keluarga Harmoni berkisar salasilah keluarga bermula daripada datuk dan nenek daripada dua keluarga yang dihubungkan oleh dua lelaki yang dipasangkan sebagai ibu bapa dan kemudian mendapat empat anak, iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Mungkin tiada apa yang salah dalam salasilah di bahagian datuk dan nenek atau empat anak tetapi yang menjadi kemusykilan ibu bapa adalah mengapa dua lelaki yang dipasangkan?
Apa pendapat anda?
Sumber: The Rakyat Post