Baru-baru ini, pelakon cantik Anzalna Nasir berpeluang menjelajah ke benua Eropah bersama keluarga tercinta menjadi momen manis buat dirinya. Menurutnya, kembara di Eropah kali ini meliputi Perancis, Switzerland, Itali, Sepanyol dan England, cukup membuatkan dirinya teruja.
Anda lihat sahaja setiap gambar yang dikongsikan di laman Instagram miliknya cukup membuatkan kita rasa teruja. Anzalna turut berkongsi 5 tips mengembara ke luar negara. Apa dia?
1. Jangan terlalu teruja di tempat orang. Awasi sekeliling anda, bimbang ada mata yang memerhatikan dan ingin mengambil kesempatan.
2. Awasi barang anda setiap masa.
3. Barang-barang penting seperti pasport, wang tunai dan kad kredit disimpan di saku pakaian yang anda pakai, bukan di dalam beg sandang belakang. Ingat ia sangat bahaya.
4. Jangan lupa menyapukan pelembap pada kulit muka dan badan kerana cuaca sejuk membuatkan kulit cepat alami kekeringan. Ulang pakai jika diperlukan.
5. Beli tiket di kaunter khas atau travel agency dan bukan daripada orang perseorangan yang menawarkan harga murah kepada anda.
Majalah Intrend