Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa seramai 155 penumpang, ia sepatutnya berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Warganegara penumpang dan anak kapal adalah dari Singapura, Malaysia, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia. Kali akhir ia dikesan dalam saluran komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) adalah ketika ia melintasi kawasan antara Tanjung Pandan, Pulau Belitung dan Pontianak di Kalimantan Barat.
Berita terkini
“Sudah hampir seminggu pasukan SAR gabungan tidak menemui mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, Pangkalan Bun,” kata Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo.
Bambang berkata, mayat terakhir ditemui pasukan pencari adalah mayat pasangan suami isteri warga Korea Selatan, Seong Beom Park dan isterinya Kyung Hwa Lee pada 9 Januari lalu. Menurutnya, keadaan ini sudah tentu membuat keluarga mangsa lain tertekan kerana sehingga ke hari ini, masih ada 114 penumpang dan kru pesawat berkenaan yang belum diketahui nasibnya.
“Kemungkinan hanya 50 peratus dari 114 orang yang mungkin ditemui dalam pencarian berikutnya. Mudah-mudahan baki 50 peratus itu semua ditemui,” katanya kepada VIVAnews.
siakapkeli.com.my