Korea Selatan memang terkenal dengan pembedahan plastik tetapi ternyata tidak semua wanita melakukannya. Ada yang hanya memakai mekap dan hasil perubahannya sungguh luar biasa.
Sebuah rancangan realiti TV di Jepun menunjukkan mekap boleh mengubah wajah wanita Korea secara keseluruhan. Dalam rancangan, dipaparkan beberapa foto wanita yang dianggap cantik dan si wanita diminta untuk datang ke studio tanpa sebarang mekap.
Ramai yang terkejut melihat wajah wanita ketika dan tanpa mekap, perbezaannya sangat jauh. Bayangkan, mata yang sayu dan sepet jadi lebih galak apabila memakai celak. Ditambah sedikit gincu bibir atau rambut palsu, wow, mereka ini secantik bintang Kpop.
Sebahagian orang berfikir mekap masih menjadi alternatif yang bagus berbanding operasi plastik. Sebahagian netizen beranggapan bahawa semua wanita memiliki kecantikan yang tersendiri, namun kehadiran bintang Kpop membuatkan mereka ingin menjadi seperti mereka dan memilih pembedahan plastik sebagai alternatif untuk cantik. Memakai mekap tidak dilarang, mahu natural atau tebal juga bergantung kesukaan si pemakai.