Skellie menjadi selebriti Instagram terbaru yang semakin menempa populariti. Apa yang istimewa tentang Skellie?
Lebih daripada 145K orang mengikuti model rangka dalam bentuk seorang gadis ini di Instagram. Skellie (Instagram: omgliterallydead) adalah satu rangka yang melakukan rutin harian seperti gadis biasa yang lain — pergi ke spa, gimnasium, tempat kerja, parti, berenang, menonton televisyen, makan dan pelbagai lagi — dan mengambil gambar atau selfie untuk dimuat naik di Instagramnya.
Jadi, sekiranya anda juga minat melakukan hal yang sama seperti Skellie; selfie dan sebagainya, mungkin si gadis rangka ini boleh menjadi kawan anda.