Umumnya,ramai wanita secara rasmi mengetahui bahawa bentuk badan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu badan yang berbentuk buah epal, badan berbentuk pir, badan berbentuk lurus dan badan berbentuk `hourglass’. Jadi, apa agaknya stail yang boleh dipakai untuk semua potongan badan ini.
1. Crop top – Ianya cukup flattering tanpa perlu menayang perut. Crop top boleh menyerlahkan bahagian pinggang dan memberi ilusi kaki panjang. Gandingkan baju crop bersama seluar high-waisted atau lapiskan saja dengan baju yang labuh jika tak mahu terlalu seksi.
2. Gaun bodycon – Walaupun kamu tak minat memakai sesuatu yang bodycon, tak bermakna kamu tak sesuai menggayakannya. Cuba pilih fabrik lebih tebal untuk bantu membentuk tubuh badanmu, bukan hanya ‘berpaut’ padanya semata-mata.
3. Jogger pants – Selain selesa, jogger pants beri aura cool kepada gaya harian mu. Pakai ia sedikit rendah pada pinggul dan padankan dengan top longgar dan simple seolah-olah kamu tidak meluangkan masa yang lama untuk tampil effortlessly cool. Penambahan kasut tumit tinggi berikan gaya kasual untuk transisi stail selesa ke stail lebih polished.
4. Skater dress – Bagaimana dress ini kembang ke tepi daripada bahagian pinggang mencipta bentuk feminin dan flattering sama ada kamu bertubuh curvy atau tidak.
5. Skirt pensil – Pilih skirt pensil yang memeluk erat pinggul dan kakimu untuk siluet lebih mengancam.
6. Shift dress – Kunci kepada gaya ini ialah pastikan ia cukup besar untuk menutupi bahagian badan paling lebar, sama ada dada, pinggul atau punggung.
7. Skirt kembang – Skirt kembang menambah volume minimal kepada area di bahagian bawah pinggang membuatkan masalah pinggul lebar hilang dalam sekelip mata! Jika kamu tidak pasti panjang skirt mana yang ideal untuk mu, pilih empat hingga enam inci atas daripada lutut.
8. Boyfriend jeans – Sepasang boyfriend jeans yang sempurna sepatutnya ketat sehingga di bahagian betis dan mula longgar sehingga ke buku lali. Pastikan kamu lipat bahagian bawah celana untuk mendedahkan bahagian paling tirus iaitu buku lali untuk impak lebih menawan.
9. Jumpsuit – Pilih jumpsuit berstruktur dengan lipit elastik di bahagian pinggang.
10. Co-ords – Co-ords membuatkan gayamu lebih menarik. Ceraian top dan skirt mencipta gaya seakan-akan dress tetapi lebih hebat!
11. Skirt midi – Tidak semestinya kamu mestilah tinggi untuk memakai skirt midi. Asalkan ia betul-betul dibawah lutut, di atas otot betis dan sekelip mata kamu miliki kaki yang panjang.
Majalah Cosmopolitan