Dipercayai sejak beberapa generasi, Minyak Daun Ubat TYT keluaran Hong Yang Hoo T.Y.T Sdn Bhd adalah penawar untuk luka ringan dan melegakan gigitan serangga. Ia juga terbukti berkesan mengurangkan sakit perut dan kembung pada bayi dan mengurangkan angin dalam badan untuk ibu lepas bersalin.
Diperbuat daripada 100% herba semulajadi, ramuan minyak ini dilulus dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan halal oleh JAKIM.
Herba Semulajadi Sebagai Ramuan Utama Minyak Daun Ubat TYT
Serai
Mendorong peluh, sejukkan badan dan kurangkan kepanasan. Redakan keletihan dan sakit perut.
Daun Sembung
Legakan seram sejuk dan kesakitan.
Dong Quai
Aktifkan peredaran darah. Redakan kesakitan, kecederaan trauma, bisul, lebam dan luka.
Halia
Legakan seram sejuk, lancarkan peredaran darah.
Chinese Arborvitae Tops
Hentikan pendarahan dan hilangkan kelembapan dan angin. Sembuhkan lecur dan terbakar.
Gaharu
Redakan kesakitan, kembung, sakit di bahagian dada dan abdomen.
Sirih
Ubati luka terbakar, luka biasa, pendarahan gusi dan mengurangkan rasa gatal.
Minyak Kelapa Sawit
Hentikan pendarahan. Mengandungi vitamin E dan antioksidan.
Kegunaan
- Melegakan sakit kepala
- Luka ringan
- Gigitan serangga
- Melegakan sakit perut
- Penjagaan bayi
- Perempuan lepas bersalin
- Sebagai minyak urut
- Melegakan cramp pada perut semasa datang haid
Kelebihan
- Tiada rasa terbakar, tidak menyakitkan kulit
- Tiada kesan berminyak apabila diserap sepenuhnya ke dalam kulit
- Tidak meninggalkan kesan ke atas pakaian
- Segar, bau herba semulajadi
- Sesuai untuk semua lapisan umur; daripada bayi sehinggalah warga tua
- Selamat untuk mereke yang mempunyai kulit sensitif
- Boleh juga digunakan sebagai minyak pati untuk aromaterapi
- Botol plastik ringan, mudah dibawa ke mana sahaja
Cara Penggunaan
Sapukan minyak pada bahagian sakit dan kesatkan hingga hangat. Atau resapkan minyak menggunakan kapas dan sapukan kepada luka.
Untuk lebih berkesan, gosok dengan lembut bahagian berkenaan selama sekurang-kurangnya 5 ke 15 minit. Ulang 3 kali sehari.
Produk dan Harga
Produk ini terdiri daripada roll-on 50ml, dan minyak botol plastik 50ml dan 100ml. Harga bermula daripada RM5 – RM12.
Hong Yang Hoo T.Y.T Sdn Bhd turut mengeluarkan produk lain seperti Herba Mandian Kaki, Herba Mandian Bayi dan juga Mandian Herba Bersalin + Halia.