Jika anda follow instagram penyanyi Indonesia, Syahrini, pasti anda ketahui kehidupan peribadinya yang sangat mewah, malah, Syahrini dikatakan memiliki pesawat peribadi, diundang ke private party oleh label mewah, hermes dan pelbagai lagi.
Syahrini juga berkongsi gambarnya bersama Paris Hilton, hubungan mereka berdua seakan akrab. Ketika berada di Amerika Syarikat, Syahrini bertemu dengan Paris Hilton dan mengakui sudah menjadi sahabat.
“Kami selalu keluar bersama, mengambil gambar bersama jadi kami lebih rapat dan akrablah,” ujarnya dengan yakin.
Mereka begitu kamcing sehingga pergi Bruno mars bersama-sama lagi. Malah, Syahrini menambah, dia sentiasa menceritakan keindahan Bali kepada Paris.