Pada bulan yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kes anak Datuk Rosyam Nor yang dipaksa membuka tudung oleh syarikat Hamleys jika hendak bekerja di syarikat berkenaan yang mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga pihak Hamleys tampil memohon maaf dan membuat penjelasan mengenai perkara itu.
Terbaharu, kes seperti itu berlaku lagi, dimana seorang gadis yang menggunakan nama Facebooknya sebagai Fatin Diana yang meluahkan perasaan tidak puas hatinya apabila telah bertanyakan kerja kosong di Adidas One Utama.
Namun jawapan yang tidak disangka olehnya apabila dikatakan pihak Adidas 1Utama meletakkan syarat dimana beliau perlu membuka tudung agar diterima untuk bekerja di situ.
Apapun, jika betul dakwaan ini, kita tunggu sahaja penjelasan daripada pihak Adidas 1Utama mengenai isu ini.
Sumber: Siakapkeli.com.my