Jenama penjagaan kulit berprestij SK-II menyambut kedatangan tahun baru dengan pelancaran SK-II #ChangeDestiny Museum yang pertamanya di Malaysia, seterusnya mengukuhkan komitmennya dalam bidang kecantikan.
Dengan menampilkan pameran yang diatur khas untuk memberi inspirasi kepada pengunjung untuk mengubah takdir kulit mereka, SK-II #ChangeDestiny Museum telah dirasmikan dengan penuh meriah oleh dua Duta Jenama tersebut iaitu Godfrey Gao dan Lee Sinje serta beberapa selebriti lain. Godfrey ialah seorang pelakon kacukan Taiwan-Kanada manakala Sinje seorang pelakon dan penyanyi yang berasal dari Malaysia.
1. Hi Godfrey, apa kabar?
Saya sangat baik!
2. Apa produk SK-II Men kegemaran anda?
Hurmmm. Semestinya produk kegemaran saya sudah tentu Facial Treatment Essence – itu satu-satunya produk yang baik untuk kulit saya, membawa kulit saya kepada keadaan yang benar-benar seimbang. I love everything about Facial Treatment Essence!
3. Bagaimana anda menjaga kesihatan dalaman anda?
Saya sangat menitik beratkan kualiti tidur. Selain itu, jika saya ada kelapangan, saya akan gunakannya dengan pergi bercuti. Pantai atau sebuah pulau tropika untuk berehat dan meredakan fikiran saya, langsung tidak memikirkan apa-apa lagi.
4. Terangkan produk SK-II Men dalam 1 perkataan?
Perfect!
5. Apa tips kecantikan untuk lelaki di luar sana?
Selain daripada produk penjagaan kulit, apa yang boleh saya syorkan ialah pergi bercuti, jika anda mempunyai jadual lewat dan jadual luar, jet lag, apa yang boleh anda lakukan hanyalah pengambilan makanan dan minuman.
Saya fikir itu sangat penting, mungkin anda tiada masa untuk bersenam jadi minum banyak air, makan buah-buahan dan pengambilan makanan seimbang sudah memadai. Kalau boleh kurangkan daging merah tetapi lebihkan chicken breast dan ikan. Jika anda berpegang kepada apa yang saya berkata, ia akan menjadi baik.
Terima Kasih