Alex Laird, 53 tahun berasal dari Ireland mengalami kerosakan pada wajah selepas melakukan pembedahan plastik iaitu facial suntikan. Merasa wajahnya tak sempurna, Alex memutuskan untuk menjalani pembedahan agar wajahnya kelihatan cantik.
Operasi bedah dengan facial suntikan ini dilakukan oleh doktor pakar bedah plastik di London. Larutan bio alcamid di suntikkan ke wajahnya, berfungsi sebagai implan. Awalnya, Alex merasa senang dengan hasil bedah plastik yang didapatnya. Sayang sekali, kesannya tidak lama, dua bulan kemudian implannya mulai turun. terlihat turun.
Wajahnya menjadi bengkak kerana implan merebak ke seluruh kawasan wajahnya. Alex mengalami jangkitan yang teruk. Setelah hampir putus asa, kemudian ia menemui doktor bedah di London. Doktor bedah wajah, Niall Kirkpatrick, di London memutuskan untuk membuang semua implan di wajah Alex. Doktor menyarankan agar Alex menjalani pembedahan facelift untuk mengetatkan wajahnya yang kendur selepas implan dibuang. Ketika ini wajah Alex telah bebas dari jangkitan.
Alex menyarankan kepada siapa saja agar jangan melakukan operasi plastik. Proses bedah plastik ini mempunyai risiko yang cukup tinggi. Implan yang merebak boleh menyebabkan jangkitan yang membawa maut.
Kisah ini cukup menyakitkan, pesakit harus menanggung akibat dari kegagalan operasi plastik. Kerana itu selalu pertimbangkan semula jika ingin melakukan prosedur pembedahan apapun.