Baru-baru ini telah tersebar beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa orang lelaki memijak-mijak ikan bilis untuk dimampat masuk ke dalam kotak pembungkusan. Gambar-gamar tersebut dipercayai diambil di sebuah tempat memproses pembungkusan ikan bilis.
Bagaimanapun, gambar tersebut tidak pula menyatakan dimanakah tempat itu secara jelas sehingga menimbulkan perasaan gusar dan pelbagai andaian dalam kalangan rakyat Malaysia yang khuatir kejadian berlaku di Malaysia.
Namun, setelah disiasat, gambar-gambar berkenaan sebenarnya diambil di Rayong, Thailand. Ini berikutan gambar asal dimuat naik oleh seorang pengguna facebook Thailand yang bernama Prajug Dongsri (akaun telah dimatikan). Menurut laporan daripada beberapa portal berita Thailand, kejadian ini telah pun dibawa ke kabinet Thailand bagi perbincangan.
Harus diingatkan juga, isu ini perlu dipandang serius oleh rakyat Malaysia kerana banyak bahan makanan di Malaysia diimport dari Thailand.
Sumber: Siakapkeli