Lagu Apa Khabar nyanyian dan ciptaan Joe Flizzow & Sonaone telah menamatkan teka-teki siapakah yang bakal menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) setelah mereka dinobatkan sebagai juara AJL29 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukil Jalil, malam tadi.
Berikut adalah keputusan penuh AJL29:
1. Juara – Apa Khabar, Joe Flizzow & Sonaone
2. Naib Juara – Masih Aku Cinta, Shila Amzah
3. Tempat Ketiga – Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah
4. Vokal Terbaik – Dayang Nurfaizah
5. Persembahan Terbaik – Mojo & Caliph Buskers
Rata-rata penonton melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada Edry KRU kerana membawa Caliph Buskers yang merupakan OKU cacat penglihatan untuk tampil beraksi di pentas AJL29 bersama kumpulan Mojo. Persembahan mereka memang amat memukau dengan vokal yang hebat! Sememangnya, mereka layak dinobatkan sebagai persembahan terbaik.
Namun, ada juga mulut-mulut yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka atas kemenangan lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow & Sonaone. Bagi penulis sendiri, penulis langsung tidak terkejut apabila mereka diumumkan sebagai juara kerana sukakan gabungan vokal yang mantap oleh Joe Flizzow & Sonaone, disamping lirik lagu dengan makna yang cukup mendalam. Mungkin, ini membuktikan muzik hip-hop masih segar dan diminati ramai, dan semestinya terbukti hebat hasil penilaian juri-juri profesional.
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang!
Sumber: Berita Harian Online, ROTIKAYA, Beutifulnara