Sejak tiba di pasaran kacamata yang amat kompetitif, CEO Vision (CEO.V) telah mencipta nama sebagai jenama kacamata yang meraikan praktikal di atas segala-galanya, dengan tidak mengetepikan nilai estetika. Selepas memenangi emas pada reka bentuk bagi Anugerah Asia dalam kategori pakaian + aksesori, jenama ini kembali sepenuh hati dengan koleksi terbarunya.
‘Sunglasses 2′
Membayar penghormatan kepada nostalgia dalam bingkai besar vintaj, kanta cermin anggun atau kanta polarisasi memberi isyarat yang jenama ini mementingkan penggayaan yang serius. Daripada cool gunmetal kepada striking red, sleek jet atau tortoiseshell chic, kacamata ini masih mengekalkan tanda sebenar CEO.V – sistem dipatenkan dengan lengan yang diperbuat daripada silikon anti-alahan.
‘Active 2’
Koleksi ini masih mengekalkan Double Extension Secure Loop (DESL) yang membolehkan anda menukar daripada kacamata mesra sukan kepada bingkai optik mudah, menjadikannya pilihan profesional olahraga.
Setiap sepasang kacamata CEO.V dilengkapi dengan bekas penyimpanan nipis yang sesuai dengan kontur badan, satu ciri yang sangat dipuji oleh peminat untuk reka bentuk revolusioner.
Eyewear Creations (M) Sdn Bhd
20 Jalan Perdana 10/12, Pandan Perdana, 55300 Kuala Lumpur
Tel: 603-9274 2388
Fax: 603-9274 5788
Email: eyewear@tm.net.my