Kami baru mendapat tahu bahawa Sharifah Sakinah dan juga rakan-rakan kini berada di Bali, Indonesia bagi meraikan bakal pengantin tersebut.
Bakal bernikah pada penghujung Mac 2015 ini, Sharifah Sakinah membawa rakan-rakan selebriti yang rapat, merangkap bakal pengapit pada hari bahagianya nanti ke Bali, Indonesia untuk upacara Bridal Shower yang semakin menjadi kebiasaan buat selebriti.
Menerusi gambar yang dikongsikan pelakon ini menerusi Instagramnya, mereka yang dibawa mengikuti rombongan Bridal Shower ke Bali ini adalah Marsha Milan Londoh, Nad Zainal, Elfira Loy, Siti Saleha, Jihan Muse, Nabila Huda, Tasha Shilla, Sherry Alhadad dan Kaka Azraff.
Jom tengok kemeriahan rombongan Bridal Shower Sharifah Sakinah ke Bali!
Sumber: ROTIKAYA