Sebelum ini majlis perkahwinan pasangan Filipina Marian dan Dingdong hangat diperkatakan, malah mendapat perhatian satu dunia. Kini, salah satu majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan tahun ini ialah bintang Taiwan, Jay Chou bersama teman wanitanya, Hannah Quinlivan.
Pemuzik, penyanyi dan pencipta lagu Taiwan Jay Chou mengahwini teman wanitanya Hannah Quinlivan di Yorkshire, England dalam satu majlis perkahwinan pada 17 Januari di hadapan 50 orang sahabat dan ahli keluarga.
Chou dan isteri memutuskan untuk mengadakan majlis secara privasi dan bebas dari paparazzi dan wartawan. Lokasi majlis perkahwinan mereka iaitu Selby Abbey dan Castle Howard merupakan kawasan tumpuan pelancong.
Chou mengupah 20 anggota orkestra untuk mempersembahkan muzik secara langsung, termasuk sebuah lagu yang diciptanya khas untuk majlis perkahwinan itu. Walaupun mengambil masa yang lama untuk berlatih, dia sangat puas hati dengan persembahan orkestra itu.
Chou dan Quinlivan, seorang model Taiwan yang berdarah kacukan Australia, telah bercinta selama empat tahun sebelum berkahwin. Hubungan mereka disahkan tahun lepas apabila Chou menetapkan tarikh perkahwinan.