Anda pening tidak tahu untuk makan tengahari di mana? Mari, kami tunjukkan kepada anda 5 tempat makan menarik yang menyediakan set makanan tengahari berharga bawah RM15.
1) Kedai Sebelah, RM8.50
Pada RM8.50, tempat ini bukan tempat makan tengahari yang biasa. Dengan rekaan cafe yang funky, mereka menawarkan set makan tengahari yang merangkumi satu menu utama (menu tempatan seperti nasi, rendang dan lontong), air sirap dan pencuci mulut.
Menu makanan mereka berubah setiap hari, jadi anda akan makan makanan berbeza setiap kali singgah ke sini.
Set di atas merangkumi nasi hujan panas, ayam masak kurma, acar rampai, kek lobak dan sirap pandan berais dengan harga hanya RM8.50!
Alamat: D-G-02, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
Instagram: Kedai Sebelah
2) Fat Spoon Cafe, dari RM12
Fat Spoon Cafe kaya dengan menu moden fusion, nyonya dan menu tradisi tempatan. Terdapat pelbagai pilihan set makanan tengahari di sini, iaitu dari nasi goreng sambal dengan ayam kari sehinggalah pasta capellini. Anda boleh memilih sama ada mahukan air selasih pandan berais atau coke, dan pencuci mulut aiskrim vanilla ataupun puding sagu.
Makanan di atas diberi nama Sup Nasi ABC dan Nasi Goreng Ulam.
Alamat: 73, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, Petaling Jaya.
Facebook: Fat Spoon Cafe
3) Tappers, dari RM10.90
Tappers sudah berada di pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu. Mereka mempunyai 16 set makanan tengahari. Set ini didatangkan dengan makanan utama dan minuman seperti limau madu, teh limau, jus limau atau goo leng ping.
Set yang paling murah adalah nasi gulai ayam dan nasi ayam merah. Makanan ini hanya ditawarkan dari 11 pagi sehingga 2.30 petang.
Lokasi: Jaya One, Cap Square, Bangsar South, Setiawalk, Setia Alam, Setapak and Cyberjaya
Laman Web: Tappers
4) The Gravy Factory, dari RM13.90
Sekiranya anda menggemari Hainanese Chicken Chop, inilah tempatnya kerana mereka adalah pakar dalam makanan Hainanese Western. Pada harga bermula RM13.90, setiap set makan tengahari dihidangkan dengan teh ‘o’ ais limau dan pencuci mulut!
Lokasi: Empire Damansara
Facebook: The Gravy Factory
5) CoffeeSociete, RM10
Sekiranya anda adalah peminat kopi tegar, dan tidak dapat makan tengahari tanpa kopi, anda patut mencuba set tengahari ini. Pada harga RM10, anda akan mendapat satu set utama dan secawan kopi pilihan anda. Tidak kira sama ada cappucino ais atau espresso, anda bebas memilihnya.
Alamat: Publika, Block D4, Level G3, Unit 3A, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
Facebook: CoffeeSociete
Sumber: Female Magazine & The Vocket