Kumpulan militan IS telah mengeluarkan satu video dalam talian pada hari Selasa yang menunjukkan 2 orang tawanan Jepun dan mengancam untuk membunuh mereka sekiranya tidak menerima $ 200 juta sebagai tebusan.
Dalam video tersebut, terlihat seorang lelaki berpakaian hitam menutupi keseluruhan badan memegang pisau, berdiri di suatu kawasan lapang bersama-sama dengan 2 lelaki Jepun yang melutut dan berpakaian oren. Lelaki berpakaian hitam itu berkata, warga Jepun mempunyai 72 jam untuk memberi tekanan kepada kerajaan mereka agar menghentikan sokongan terhadap pakatan diketuai AS yang melancarkan tentera untuk kempen menentang negara-negara Islam.
Video lanjut mengenai ugutan tersebut anda boleh lihat di http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/ugut-bunuh-dua-tebusan-jepun-49001.
Sumber: Astro Awani & The Star