Sejak berjaya dengan filem “Easy A”, pelakon cantik, Emma Stone tidak banyak berubah. Beliau tetap merendah diri dan sentiasa melemparkan senyuman manis kepada orang ramai. Kehidupan peribadinya juga jauh daripada gosip-gosip liar.
Walaubagaimanapun, beliau juga seorang manusia biasa yang pastinya mengalami tekanan dan rasa marah, namun cara Emma mengatasi semua itu yang membuatkan kami kagum!
“Saya simpan segala kerumitan dan masalah untuk diri saya sendiri,” kata Emma, diambil daripada USA Today.
Emma juga memberitahu rahsia beliau sentiasa tampak tenang iaitu dengan melakukan meditasi. Cara berkenaan banyak merubah kehidupannya, membantu Emma untuk lebih fokus dalam setiap hal yang dilakukakannya. Kebiasaannya, Emma akan melakukan meditasi satu atau dua kali dalam satu hari agar melengkapkan rutin ketenangan harian beliau.
Selain itu, kami turut kagum dengan pegangan beliau yang menganggap dirinya lebih besar dan hebat daripada masalah yang dihadapi. Jadi, beliau mengingatkan bahawa setiap masalah atau tekanan yang dihadapi pasti ada cara untuk menyelesaikannya.