Kalau benar seperti apa yang dikhabarkan, nampaknya trend program realiti TV khusus mengenai selebriti sudah mula berkembang di Malaysia. Selepas Yuna dan Nur Fazura yang berjaya tampil di E! News, nampaknya kini giliran Emma Maembong pula.
Namun bukan di E! News, khabar terbaru mengatakan yang sebuah stesen TV tempatan berminat untuk menerbitkan program realiti televisyen khas berkisar keluarga besar Emma Maembong dan sesuai dengan nama pentas mereka, program ini akan dikenali sebagai The Maembongs.
Umum sudah sedia maklum yang hampir semua adik-beradik Emma Maembong terlibat dalam duna seni secara langsung ataupun tidak. Cacha (adik), Shikin dan Yaya (kakak) terkenal sebagai pelakon, manakala abang mereka, Bakri pula pemain muzik.
Selain itu, ayah mereka, Ismail Embung pula merupakan pelukis terkenal negara dan semakin dikenali dalam khalayak peminat hiburan sejak akhir akhir ini kerana isu anak perempuannya.
Jadi, sama-samalah kita nantikan penghasilan program realiti The Maembongs! Mesti menarik!
Sumber: ROTIKAYA