Alhamdulillah! Seorang lagi artis Malaysia telah melakukan perubahan dalam hidup kearah kebaikan. Sebelum ini, Leez Rosli yang pernah memasuki program nyanyian Akademi Fantasia berkongsi beberapa keping gambarnya yang tampak lebih ayu bertudung, hari ini pelakon itu telah mengesahkan yang dirinya telah pun berhijrah dan kini bertudung sepenuhnya. Satu perubahan yang amat bagus. Pastinya orang yang paling gembira dengan perubahan ini adalah suami Leez iaitu Aepul daripada kumpulan Drama Band.
Leez sendiri telah berkongsi berita tersebut di Instagram rasminya :