Untuk pengetahuan anda semua, aplikasi Whatsapp kini boleh diakses menggunakan komputer, melalui enjin carian. Perkara ini disahkan CEO firma itu, Jan Koum yang membuat pengumuman di laman sosial Facebook.
Katanya, “Para pengguna kami di laman web merupakan pengguna tetap aplikasi itu di telefon, dan skrin komputer akan menjadi ‘cermin’ penghubung dari telefon pintar mereka. Ia bermakna, semua mesej tersebut akan tetap berada di telefon anda.”
Para pengguna yang mahu mencuba aplikasi itu, boleh melayari laman web khas (KLIK SINI) bagi memuat naik software tersebut.
Bagaimanapun, telefon pengguna perlu dihubungkan ke web sebelum boleh digunakan dan ia dicipta bagi fleksibiliti terhadap pengguna yang sukar menggunakan dua peranti dalam satu masa. Buat masa ini pengguna iOS belum dapat menggunakan aplikasi tersebut di produk keluaran Apple, namun ia bakal dilaksanakan dalam tempoh tertentu.
mynewshub