Majlis peragaan fesyen sudah memasuki ke fasa baharu apabila model lelaki pula kini dieksploitasi untuk menayangkan kemaluan mereka kepada hadirin berlandaskan alasan kreativiti pereka fesyen yang diwakili mereka.
Pereka dari Amerika, Rick Owens menggemparkan hadirin apabila kesemua model lelaki yang memperagakan koleksi pakaian terbaharu rekaannya yang mendedahkan alat sulit mereka ketika berlangsung majlis tersebut di Paris, baru-baru ini.
Selain provokasi rekaan yang mendedahkan alat sulit, antara perkara jelik lain yang berlaku sepanjang pertunjukan fesyen untuk pakaian musim panas dan musim bunga 2015 itu adalah makanan yang dihidangkan — dimana kesemuanya dihias dan dibuat menyerupai alat sulit lelaki dan juga perempuan.
Owens menjelaskan tema sebegitu dipilih kerana nudity merupakan satu aspek yang paling mudah untuk difahami selain ianya dianggap sebagai satu simbol kekuasaan bagi menzahirkan koleksi terbaharunya itu yang dinamakan Sphinx. – MYNEWSHUB