Ada janji yang hangat untuk musim bunga di H&M Home musim ini, dengan semangat gaya hidup Mediterranean bercampur dengan pengaruh dari alam semulajadi dan geometrik di kehidupan urban.
Konsep H&M Home kali ini mengetengahkan corak pokok zaitun, etnik, jalur, tekstur, dan mementingkan warna seperti hijau, warna tanah dan berunsur semulajadi — untuk rekaan kusyen, langsir, selimut, dan kesemua perhiasan dalam rumah.
Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh barangan, anda boleh layari H&M Home.