Restoran makanan Korea terkenal, Bulgogi Brothers kini menyediakan suatu pengalaman merasai keenakan 4 jenis hidangan hot pot (atau dipanggil jeonggol) Korea mewah yang pastinya semua pencinta makanan Korea tidak harus lepaskan. Penulis baru-baru ini telah berkesempatan untuk merasai keempat-empat hidangan hot pot Korea baharu tersebut. Jom tengok:
Beef and Mushroom Hot Pot (RM39.90)Hidangan hot pot ini dilengkapi dengan daging lembu yang lembut berjus dan cendawan lazat. Gabungkan ia bersama rice cake dan variasi sayur-sayuran segar yang pastinya akan menambat selera anda. Supnya yang penuh dengan rasa sangat enak jika digaulkan bersama dengan nasi dan telur.
Spicy Ham and Sausage Hot Pot (RM39.90)Untuk mencabar deria rasa anda, hot pot gabungan Korea dan Amerika ini adalah pilihan yang tepat. Hidangan ini dilengkapi dengan chicken ham, sosej, rice cake, taugeh, cendawan dan pelbagai jenis sayur-sayuran. Supnya yang lazat dan pedas juga enak dimakan bersama mee yang disediakan.
Beef and Kimchi Hot Pot (RM39.90)Hidangan hot pot ini menyediakan makanan Korea terkenal — kimchi. Dihidangkan bersama daging lembu dan sayur-sayuran segar, hidangan ini dimasak bersama sup masam pedas kimchi yang akan memberikan rasa pedas meletup dalam mulut anda.
Spicy Seafood Hot Pot (RM52.90)Khas buat semua peminat makanan laut, hidangan hot pot ini terdiri daripada ketam, udang, kepah dan sotong, dimasak dengan sup pedas bersama variasi sayur-sayuran segar. Penulis sendiri sangat menyukai keenakan rasa sup hidangan ini, mana tidaknya, rasa pedas digabungkan dengan rasa manis air yang keluar daripada makanan laut sememangnya berjaya menambat deria rasa penulis.
Untuk maklumat lanjut, sebarang pertanyaan ataupun untuk tempahan, anda boleh menghubungi Bulgogi Brothers di talian 03-77223633 (e@Curve), 03-22822292 (Mid Valley), 03-78873541 (Paradigm Mall) atau 03-21419620 (Pavilion KL); atau layari www.bulgogibrothers.com.my / facebook.com/BulgogiBrosMY.