Video seorang wanita pertengahan usia yang membelasah seorang wanita warga Indonesia menjadi viral di laman sosial Facebook.
Difahamkan, seorang wanita Indonesia menjadi punca keretakan rumah tangga wanita berkenaan. Namun, wanita Indonesia itu menafikan dakwaan tersebut.
Seorang isteri yang dipercayai rakyat tempatan, dilihat enggan mempercayai kata-kata wanita itu yang dikatakan menyebabkan rumah tangganya musnah. Ini menyebabkan si isteri terus memaki hamun, marah dan sesekali menampar muka wanita terbabit.
Suaminya pula cuba meleraikan isterinya daripada terus membelasah wanita itu, namun gagal, apabila isterinya lebih menguasai keadaan tersebut.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut terpaku seketika dan tidak mampu berbuat apa-apa, selain membiarkan wanita berkenaan membelasah orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangganya.
Si isteri yang berang itu mendakwa, beliau mempunyai banyak bukti yang menunjukkan wanita terbabit bermain cinta dengan suaminya. Beliau juga mendakwa wanita itu bersekedudukan dengan suaminya dan mahu mengheretnya ke balai polis. – The Rakyat Post