Anda gila mekap? Suka lakukan tutorial mekap? Kini, L’Oréal Paris mengadakan pertandingan The Brush Contest, pertandingan pereka solek antarabangsa yang pertama di dunia berlaku secara eksklusif di Youtube.
Bukan itu sahaja, pemenang kebangsaan akan mewakili Malaysia untuk bersaing di Grand Finale di Paris, bersama-sama dengan 12 peserta akhir dari negara lain seperti Perancis, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, China, Thailand dan banyak lagi. Hadiah menanti pemenang ialah kontrak profesional dengan pasukan L’Oréal Paris Makeup Designer selama 1 tahun bernilai 100,000€.
Apa yang perlu anda lakukan:
1. Buat video tutorial mekap diilhamkan dengan tema ‘Color Clash’ (panjang maksimum 3 minit).
Mana-mana jenama barangan mekap boleh digunakan tetapi penjenamaan pesaing tidak boleh dipaparkan atau ditonjolkan dalam video. Peserta boleh buat tutorial di wajah sendiri ataupun menggunakan model.
2. Hantar video akhir.
Layari www.thebrushcontest.com dan serahkan video lengkap di bahagian “COMPETE!”. Isi borang pendaftaran dan perkenalkan diri anda.
Syarat pertandingan mudah sahaja – anda adalah true beauty junkie dan sekurang-kurangnya berumur 18 tahun ke atas.
The Brush Contest bermula pada 19 Januari 2015 dan berakhir pada 12 Februari 2015, dan dibuka kepada profesional, amatur, penulis blog, blogger dan YouTubers.
Untuk makluman pertandingan, layari www.thebrushcontest.com. Ikuti The Brush Contest dan dapatkan maklumat terkini dengan melihat #TheBrushContest di Facebook, Instagram dan Twitter.