Nando’s Malaysia telah merasmikan dan membuka sebuah ruang kreatif di cawangan Nando’s Chinatown yang diberi nama LOT123 berhampiran dengan Pudu Sentral (terminal Bas Pudu raya). Ianya dilancarkan sempena pertandingan seni tahunan.
Kepada anda yang berbakat dalam bidang seni ini, Ianya boleh menjadi platform bagi anda untuk mengembangkan bakat dan kerjaya anda disini dengan adanya pertandingan Nando’s Art Initiative.
Untuk Pertandingan Nando’s Art Initiative 2015 kali ini, Nando’s Malaysia akan menawarkan hadiah-hadiah bernilai sehingga RM85,000 bagi kategori seperti berikut. Hadiah-hadiah hebat yang disediakan termasuklah:
Kategori seni halus dan seni digital:
- Hadiah Utama – Pameran solo bertajaan penuh, RM5,000 tunai dan baucar Nando’s bernilai RM500
- Pemenang kedua – RM3,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
- Pemenang ketiga – RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
- Hadiah Sagu Hati (x3) – RM1,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
Kategori Graffiti / seni jalanan:
- Hadiah Utama – RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
- Hadiah Sagu Hati (x3) – RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
Pertandingan Seni Nando’s 2015 bermula pada 20 Januari dan berakhir pada 31 Mac, 2015. Artwork bagi ketiga-tiga kategori ini hendaklah dikemukakan dengan cara memuat naik gambar foto karya siap dalam talian kepada laman web Inisiatif Seni Nando’s di www.nandos.com.my/artinitiative.
Pengadilan semua karya adalah berdasarkan keaslian dan daya kreatif, konsep dan interpretasi ‘Seni Anda, Kisah Anda’, kualiti reka bentuk dan gubahan, penggunaan medium dan kemasan artistik, dan kesan keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Seni Nando’, sila layari www.nandos.com.my/artinitiative.