Trend donut selfie, duck face, pose sakit gigi yang menjadi trend di Jepun dan pelbagai lagi selfie telah diambil oleh berjuta penduduk dunia. Pelbagai aplikasi di dalam telefon untuk membantu pengguna mencantikkan wajah ketika selfie, ataupun alatan seperti batang monopod untuk mengambil selfie.
Kali ini ada satu trend lagi yang viral di media sosial dan diikuti oleh banyak orang di seluruh termasuklah para selebriti. Trend selfie ini dipanggil selfie dalam keadaan solekan bibir penuh comot. Ternyata selfie ini adalah bentuk dari kempen di bawah hashtag #SmearForSmear. Kempen ini bertujuan untuk mengingatkan para kaum wanita betapa pentingnya untuk check up pap smear secara teratur. Kempen ini dimulakan oleh J Jo’s Cervical Cancer Trust, sebuah badan amal yang dikhaskan untuk wanita yang menderita kanser serviks.
Boleh baca mengenai kanser serviks – Bahaya Kanser serviks pada wanita : Gejala, faktor dan cara …
Anda berani ambil selfie sebegini?