Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Pencukur Philips Siri 9000 Beri Lelaki Cukuran Yang Sempurna Setiap Masa

by Malisa Aina
January 31, 2015
26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Event Photos (5)

Sebagai sebuah syarikat yang fokus untuk meningkatkan kehidupan manusia menerusi inovasi penuh makna, Philips faham bahawa apabila menyentuh tentang mencukur, wajah lelaki berdepan cabaran sama pada setiap hari – mendapatkan cukuran yang sekemas mungkin.

Demi mencapai semua ini, Philips telah bekerjasama dengan pakar yang merintis pelancongan angkasa lepas secara komersial, XCOR Space Expeditions untuk menguji teknologi cukuran elektrik terbaharu dalam persekitaran Sifar-G (graviti). Hasilnya, pencukur Philips siri 9000, pencukur termaju setakat ini nyata berupaya menawarkan cukuran yang terbaik di mana-mana sahaja, tanpa berkompromi dari segi keselesaan, kawalan atau pilihan.

Sumber: Google Images

Philips Sonicare Galak Kempen Kesihatan Oral “SayAhh: Think Mouth, Think Health”

March 22, 2018

Alat Keriting Rambut Philips Mudah, Selamat Dan Hasilkan Gulungan Sempurna

October 27, 2017

IKLAN

Screen Shot 2015-01-30 at 8.32.49 PM

Pencukur Philips siri 9000 memiliki pelbagai ciri yang direka untuk memberikan kualiti cukuran sempurna setiap kali digunakan. Sebagai contoh, bagi mencukur bulu di kawasan yang sukar dicapai, di mana bulu boleh tumbuh dari arah berbeza, lelaki terpaksa mencukur dengan kerap di kawasan yang sama pada wajah atau leher mereka. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif dan gatal, akhirnya mereka berasa kecewa.

Jadi, pencukur ini hadir bersama inovasi-inovasi intuitif yang telah diuji ke peringkat tertinggi seperti teknologi pengesan Kontur dan bilah-bilah pisau V-Track Precision yang unik. Hasilnya, Pencukur Philips siri 9000 mampu mengesan dan mencapai setiap kontur wajah bagi menawar cukuran yang paling licin kepada golongan lelaki.

Inovasi yang menawarkan anda kawalan lebih baik

  • Pencukur Philips siri 9000 dilengkapi bilah-bilah pisau V-Track yang tepat – ia merupakan sistem mencukur yang tiada seumpamanya di dunia ini dan mampu memotong bulu atau rambut dengan efektif
  • Dengan sentuhan satu butang, sistem SmartClean yang unik akan membersih, mengering, mengecaj dan melincirkan Pencukur Philips siri 9000. Jadi ia akan mencukur seperti sebuah pencukur baharu setiap kali digunakan
  • Tetapan peribadi membolehkan pengguna mengubah suai pencukur ini untuk dipadankan dengan jenis kulit dan rambut bagi memberikan keselesaan optimum pada semua bahagian wajah dan leher
  • Model-model tertentu dilengkapi sistem SmartClean untuk tujuan pembersihan yang lebih mudah

Pencukur Philips siri 9000 baharu ditawarkan pada harga runcit bermula RM899 hingga RM1,799 seunit. Produk ini boleh didapati di kedai-kedai barangan terpilih, outlet runcit berjenama dan di laman web: www.blipmy.com. Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.philips.com.my.

Tags: pencukur philipsphilips malaysiaphilips siri 9000produk philips
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.