Masyarakat Malaysia mengenali pelakon cantik ini menerusi tontonan drama Filipina yang banyak di kaca televisyen. Bea Alonzo terkenal dengan drama Kay Tagal Kang Hinintay, It Might Be You, Ikaw Ang Lahat Sa Akin dan filem Miss You Like Crazy bersama Hans Isaac serta banyak lagi. Mempunyai kecantikan semula jadi, membolehkan pelakon ini tersenarai dalam ‘Yes Magazine 100 Most Beautiful Stars – A Listers’ dua kali berturut-turut.
Bila bicara tentang fesyen, Bea menjelaskan dia lebih senang mengenakan jeans bersama t shirt sahaja, selesa dan ringkas.
“I used to be okay with jeans and tees. I became more aware of fashion when I started coming out on magazine covers. I took inspiration from people in the industry”.
1. Wanista sukakan pilihan warna coklat pada outfit Bea. Leather pants bersama white top dan ringkas dengan vans. Simple!
2. Selain pants atau jeans, Bea juga suka mengenakan printed pencil skirts bersama white top. Klasik dengan pilihan cat eye sunglasses.
3. Pakej lengkap overalls memudahkan semua orang. Boleh dipadankan bersama vans, loafers, oxfords, sandals. Jika anda petite, jangan pakai overalls yang terlalu besar kerana ianya akan menyebabkan anda agak tenggelam.
4. Kekal feminine dan girly dengan mencuba maxi dress dari rona yang ceria seperti oren, peach.