Bintang filem antarabangsa Jackie Chan adalah antara 356 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Bintang kelahiran Hong Kong adalah antara 71 penerima yang dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah, membawa gelaran Datuk.
Antara lain, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.
Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop serta anggota Majlis Ter*tinggi UMNO, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd. Ashraf Abdullah turut menerima darjah tersebut.
Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk antaranya ialah Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid, Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, dan Datuk Mohammad Kazim Elias.
Siakapkeli & The Star