Dahulu, wanita lebih yakin bergaya dengan menggunakan kanta lekap jika dibandingkan dengan pemakaian kacamata. Namun kini, dengan terhasilnya pelbagai trend kacamata yang cantik dan fashionable, kaum wanita lebih yakin untuk bergaya dengan kacamata.
Bagi anda yang merasakan pemakaian kacamata menghalang anda daripada menggayakan solekan mata seperti eye shadow dan eye liner, ternyata hal itu adalah salah! Anda boleh saja kelihatan anggun dengan kacamata, sudah tentu, dengan tip solekan seperti di bawah:
Maskara
Menggunakan maskara dengan kesan menebalkan akan membuat bulu mata terasa ‘berat’ dan membuatkan mata sering berkelip. Oleh kerana itu, selalu sapukan sedikit minyak zaitun bagi memanjangkan dan menebalkan bulu mata secara semulajadi, daripada menggunakan maskara dengan berlebihan.
Eye Shadow
Anda tetap boleh bermain dengan warna-warna eye shadow. Pilih warna yang ringan dan menyatu dengan kulit seperti nude, smokey dan pastel. Bold colour seperti hijau army atau sky blue kurang sesuai dikenakan saat menggunakan kacamata, kerana akan kelihatan terlalu berat. Jangan lupa, letakkan juga eye liner agar mata tampak lebih menonjol!
Concealer
Tutupkan keliling mata dan dark circle dengan menggunakan concealer agar mata anda tampak segar dan menyerlah walaupun disebalik kacamata.
Gincu
Akhir sekali, jangan lupa mengenakan gincu agar tumpuan juga akan diberikan kepada bahagian muka anda yang lain selain bahagian mata. Shade soft pink, coral, tangerine serta strawberry sangat sesuai dikenakan pada bibir bagi menampakkan imej segar.
Audrey Hepburn pernah berkata: “The beauty of a woman must be seen from in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides.” Jadi, apa lagi, serlahkan kecantikan mata anda walaupun ketika memakai kacamata!